JOM PANTUN 51-60

JOM PANTUN 60:

MULANYA CINTA BERPUTIK,
AKU MENANTI DIA MENUNGGU..
SEKARANG BILA BUNGA SUDAH DIPETIK,
SEMAKIN HARI SEMAKIN LAYU…

JOM PANTUN 59:

ADIK BERBAJU KETAT
ABANG RASA NAK RAPAT
ADIK BUAT ABANG INGAT
MACAM TERINGIN NAK 1-2-3 EMPAT

JOM PANTUN 58:

ORANG LUAR KATA DIA TU PENTING
KAWAN-KAWAN TENGOK DIA TU MEWAH
DEPA KATA DENGAN DIA SENANG KAWTIM
KAWAN-KAWAN KATA DIA AMBIK RASUAH!!
(JANGAN TERJUN BANGUNAN SUDAH)

JOM PANTUN 57:

BAPA GERGASI MENEBAR JALA
PEGANG TALI MELINTUK-LIUK
PENGERUSI MESYUARAT MENGGARU KEPALA
MELIHAT AHLI SEMUA MENGANTUK

JOM PANTUN 56:

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG,
HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,
DAPAT ELAUN TANGGUNG KERJA ORANG
KERJA HAKIKI PULAK TIDAK PEDULI

JOM PANTUN 55:

SEKALI PERGI MENUBA,
SEKALI IKAN MERIMBAT;
SEKALI ADIK DISAPA,
SETAHUN RINDU TERUBAT

JOM PANTUN 54:

ADINDA SAYANG MASAM MENCUKA
PEDIH DIGANYANG AMARAH KETUA
KETAWA RIANG RAMAI YANG SUKA
SEDIH SEORANG TIADA BERDUA

JOM PANTUN 53:

SEMAKIN HARI SEMAKIN RAGU,
KERJA ANAK BUAH MACAM MERAPU
FIKIRAN BOSS MENJADI TAK MENENTU,
BILA DITANYA SEMUANYA TAK TAHU

JOM PANTUN 52:

SUNGGUH JAUH BERIBU BATU
HATI MERINDU KASIH MELARA
BILA KUASA DAN RASUAH BERSATU
WANG MASYUK BANYAK TAK LEH NAK KIRA

JOM PANTUN 51:

CANTIK SUNGGUH SI RAMA RAMA
TERBANG HINGGAP DI BUNGA MEKAR
KALAU SEPEJABAT TAK BOLEH KERJASAMA
TULISLAH SURAT, CEPAT MINTA TUKAR

MUTIARA KATA 51-60

MUTIARA KATA 60:
DI SAAT KITA MENGELUH TENTANG PEKERJAAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA MELAKSANAKAN TUGAS, FIKIRKAN LAH TENTANG ORANG LAIN YG SEDANG MENGANGGUR, GELANDANGAN, MEREKA YANG PULUHAN KALI TEMUDUGA TETAPI GAGAL DAN JUGA ORG-ORG OKU YG SANGAT BERHARAP MEMPUNYAI PEKERJAAN SEPERTI KITA (Anonim)
MUTIARA KATA 59:
TIGA SIFAT YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU TIDAK TENTERAM DALAM HIDUPNYA IALAH PERASAAN DENGKI, RASA BERSALAH DAN BERDENDAM (Anonim)
MUTIARA KATA 58:
ANDA TIDAK HARUS MENJADI ORANG LAIN UNTUK MENJADI TERKENAL DAN TIDAK HARUS MENJADI TERKENAL UNTUK DIKENAL OLEH ORANG LAIN. MENJADI DIRI SENDIRI LEBIH BERERTI MISKIPUN TERASING TETAPI MEMPUNYAI KEHORMATAN DIRI (Anonim)
MUTIARA KATA 57:
TIDAK SEORANG PUN SEMPURNA. HANYA MEREKA YANG MAHU BELAJAR DARI KESALAHAN ADALAH ORANG YANG BIJAK. ADALAH AMAT MENYEDIHKAN MELIHAT ORANG YANG BERKERAS BAHAWA MEREKA BENAR MISKIPUN TERBUKTI SALAH (Anonim)
MUTIARA KATA 56:
PEMIMPIN/KETUA YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG BOLEH MENGAWAL KOMUNIKASI DENGAN ORG YG LEBIH ATAS DARIPADANYA DAN BOLEH MEMBINA KOMUNIKASI DENGAN ORG YANG LEBIH BAWAH DARIPADANYA (Anonim)
MUTIARA KATA 55:
SESEORANG YG TERBIASA DIMULUTNYA MENGELUARKAN KATA-KATA MENGEJI, MENGHINA, MEMAKI HAMUN, BIADAP DAN KURANG AJAR TIDAK MAMPU MENGHENTIKANNYA SAMPAI BILA-BILA (Anonim)
MUTIARA KATA 54:
SEMAKIN TINGGI KEEGOAN SESEORANG SEMAKIN MELANGIT KESOMBONGANNYA (Anonim)
MUTIARA KATA 53:
SETIAP SAKIT AKAN MENGINGATKAN KITA AKAN BERNILAINYA SIHAT, SETIAP SEDIH AKAN MENYEDARKAN KITA BETAPA INDAHNYA BAHAGIA, SETIAP KEJAYAAN AKAN INGATKAN KITA AKAN USAHA GIGIH KITA DAN SETIAP KEHILANGAN MENUNJUKKAN BETAPA BERHARGANYA APA YANG KITA MILIKI SAAT INI..(Anonim)
MUTIARA KATA 52:
YANG PENTING BUKAN BERAPA LAMA KITA HIDUP, TETAPI BAGAIMANA KITA HIDUP

(Anonim)

MUTIARA KATA 51:
SEMAKIN BANYAK ANDA BERBICARA DAN BERCERITA TENTANG KEBAIKAN DIRI SENDIRI, MAKA SEMAKIN BANYAK PULA KEMUNGKINAN UNTUK ANDA BERBOHONG (Anonim)

JOM PANTUN 41-50

JOM PANTUN 50:

UBI KELING ATAH PAGHO….
REBUH WAT MAKAE ALIK PETAE…..
DEME HOK CEREDIK TAK LEH NAK SORE
DEMO HOK BODO DIMINTA AIDEO

JOM PANTUN 49:

BIRUNYA SONGKET EMASNYA BENANG
PENDING TEKAT PAKAI DIPINGGANG
SENYUMAN DIA ASYIK TERKENANG
HATI TERTAMBAT WAJAHNYA TERBAYANG

JOM PANTUN 48:

BUDAK BUDAK JALAN BERATUR
RANTING DI PIJAK TINGGAL SEKERAT
KALAU YANG DI ATAS TERLALU DIKTATOR
APA GUNA BINCANG MESYUARAT

JOM PANTUN 47:

COK COK KENDUNG
KENDUNG NALI NALI
YES BOS! MACAM KERBAU DITARIK HIDUNG
BOS BUAT SALAH PUN TIDAKLAH PEDULI

JOM PANTUN 46:

DARI KELANG LALU KE KAMPUNG JAWA,
DI JALAN KEBUN MEMBELI DUKU,
ADA ISTERI CANTIK DAN LAWA,
TIME MASAK BERJAM DOK WARNA KUKU

JOM PANTUN 45:

DARI SARIKEI PERGI KE SIBU
KIRI DAN KANAN POHON MERIMBUN
KALAU GAJI TAK BANYAK RIBU
MACAMANA HARTA BOLEH MENIMBUN

JOM PANTUN 44:

BAJU MELAYU DI PAKAI SEMALAM
BAJU KEBAYA SULAM LABUCI,
BILA JUMPA BAGILAH SALAM,
WALAU DIHATI MEMANGLAH BENCI

JOM PANTUN 43:

BAIK-BAIK MENGIRAI PADI
TAKUT MERCIK KE MUKA ORANG
BIAR PANDAI MENJAGA DIRI
TAKUT NANTI DIEJEK ORANG

JOM PANTUN 42:

SAYE BUNGA BUNGA NOK LAYU,
SAYE OGHE AJAL MENJELMA,
INGAT KO ADEK, HATIKU MALU,
LAMA KUMINAT TOKTAHU NAMA

JOM PANTUN 41:

PANDU KERETA PERLAHAN LAHAN
JANGAN DILUPA MEMBAWA LESEN
SERING SAJA BUAT PEROLEHAN
GEMBIRA HATI MAKAN PERSEN

MUTIARA KATA 41-50

MUTIARA KATA 50:RANG SIAPA YANG SELALU KEKENYANGAN MAKA BANYAKLAH DAGING LEMAKNYA, DAN SIAPA YG BANYAK DAGING LEMAKNYA MAKA KUATLAH NAFSUNYA, DAN SIAPA YG KUAT NAFSUNYA MAKA BANYAKLAH DOSANYA, DAN ORG YG BYK DOSA MAKA HATINYA MENJADI KERAS LALU TENGGELAMLAH IA DIDALAM BENCANA DUNIA DAN KEINDAHANNYA. (Anonim)
MUTIARA KATA 49:RASUAH TIIDAK AKAN DAPAT DIBENDUNG SELAGI ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MELAKUKAN TANPA MENGIRA CARA DAN ALASANNYA. (Anonim)
MUTIARA KATA 48:SESUATU PERKARA YANG PENTING AKAN MENJADI TIDAK PENTING JIKA KITA SERING BERTUNDA UTK MEMIKIRKAN DAN MENANGGUH UNTUK MENYELESAIKANNYA. (Anonim)
MUTIARA KATA 47:MANUSIA TIDAK AKAN TAHU SEMUA PERKARA ATAU MAMPU MENGETAHUI SEMUA PERKARA TETAPI TAHU BANYAK PERKARA LEBIH BAIK DARI TIDAK SUKA MENGAMBIL TAHU WALAU PUN SATU PERKARA. (Anonim)
MUTIARA KATA 46:WAKTU MENJADI TERLALU LAMBAT BG YANG MENUNGGU, TERLALU CEPAT BAGI YG TAKUT, TERLALU PANJANG BG YG BERKESEDIHAN, TERLALU PENDIK BG YANG BAHAGIA, TERLALU JAUH BG YG BERCITA-CITA DAN TERLALU BURUK BG YANG GAGAL. PENUNJUK WAKTU SEBENARNYA ADALAH HATI DAN KESABARAN. (Anonim)
MUTIARA KATA 45:HARGAILAH SEBUAH PERTEMUAN!!. KETIKA ANDA BERTEMU SESEORANG YANG AKAN MENEMANIMU SEUMUR HIDUP (SUAMI/ISTERI), BERTERIMA KASIHLAH SEPENUHNYA KERANA IA MENCINTAIMU, KERANA DISAAT INI ANDA MENDAPATKAN KEBAHAGIAN DAN CINTA SEJATI YANG ANDA CARI DAN IMPIKAN. (Anonim)
MUTIARA KATA 44:KEGEMBIRAAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN KEBAHAGIAAN. (Anonim)
MUTIARA KATA 43:PERIBADI SESEORANG MEMPENGARUHI ADAB, SUSILA, BUDI DAN BAHASANYA KERANA IA MENCERMINKAN AKAL DAN PEKERTINYA BERBANDING WAJAH YANG CANTIK/TANPAN ATAU PANGKAT DAN KELULUSANNYA.. JIKA PERIBADI DALAMAN SESEORG ITU KOTOR MAKA KOTORLAH ADAB SUSILA SERTA BUDI BAHASANYA. (Anonim)
MUTIARA KATA 42:BUANG YANG KERUH, AMBIL YG JERNIH, BARU TEGUH PERIBADI. HIDUP KITA MESTI BERPAKAT, AGAR KERJA MENDAPAT BERKAT. (Anonim)
MUTIARA KATA 41:1 SYAWAL KITA BERTAKBIR DAN BERTAHMID MEMUJI KEAGUNGAN TUHAN. SETELAH 1 SYAWAL PERGI ADAKAH KITA TERUS MENGAGUNGKAN TUHAN DALAM KEHIDUPAN KITA, DLM PERILAKU DAN TINDAKAN KITA, PD KERJAYA KITA DAN PADA REZEKI YANG KITA USAHAKAN. (Anonim)

JOM PANTUN 31-40

JOM PANTUN 40:

BUAH DURIAN BUAH LANGSAT
MAKAN MANGGIS BERSAMA SENTUL
BILA KRONI MENGUASAI PEJABAT
BENDA YANG SALAH MENJADI BETUL

JOM PANTUN 39:

KALAU PADI KATAKAN PADI
JANGAN AKU TERTAMPI TAMPI
KALAU KERJA SAMBIL BERDENGKI
BIAR PUN TERSENYUM SAKIT DIHATI

JOM PANTUN 38:

DUDUK TERMENUNG HARIMAU TUA,
KAMBING MELINTAS TERSENYUM SUKA,
SABTU AHAD ANAK BUAH KERJA,
MANA LAH BOSS TAK NAMPAK MUKA

JOM PANTUN 37:

LEBAT SUNGGUH PADI DI PAYA,
BURUNG TERBANG DISAMBAR HELANG,
HAIRAN SEKALI HATI SAYA,
PEKERJA BERMASALAH DIBERI PULA KHIDMAT CEMERLANG

JOM PANTUN 36:

APA TANDA BATANG TEBU?
BATANG TEBU HALUS URATNYA
APA TANDA ORANG BERILMU?
ORANG BERILMU HALUS BUDINYA

JOM PANTUN 35:

PANDAI-PANDAI SI ANAK TUPAI
LOMPAT JATUH DITANDUK RUSA
SERING KATA DIRI LEBIH PANDAI
BUAT KERJA TAK PERNAH BERJASA

JOM PANTUN 34:

APA DIHARAP APA DITUNGGU
BUANG YANG LAMA AMBIL YANG BARU
ISTERI/SUAMI BERTEMU HUJUNG MINGGU
ADAKAH KERJA MENJADI CELARU???

JOM PANTUN 33:

KALAU DI TIMBA AIR PERIGI
JANGAN DICEDUK IKAN SIAKAP
MEGAH DIRI SUARA MENINGGI
KERJA DISURUH TAK SERUPA CAKAP

JOM PANTUN 32:

GEMOK BUKAN LAH BADAK
BERAT BESI SUSAH DI ANGKAT
KALAU KERJA PENGALAMAN SECUPAK
JANGAN HEBOH MENCARI PANGKAT

JOM PANTUN 31:

KEMARIN KATANYA HANTAR ANAK SEKOLAH, LAMBAT!
HARI INI KEKLINIK PULA
KALAU LAH SERING TAK ADA DIPEJABAT
MASA BILA ENTAH DIA BUAT KERJA